Monday, June 20, 2011

.........pangkah!

kalau kaya.
kalau hensem.
kalau cantik.
kalau menarik.
kalau tinggi ilmu.
kalau ade umah besau.
kalau ade kete besau.
kalau ade econ satu umah sampai jamban.

belum perfect ha, kalau lupa DARATAN.

Sunday, February 6, 2011

: konon rasional :



1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…

Saturday, February 5, 2011

: my bf : ouhh!

done ! i love u damn much ! err. jangan dengki boleh? ! syuhhhh!

.sekian.

: kelebihan tangan Anis Zainudin :


i really PROUD bebeh!


1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai baranganuntuk orang biasa
(tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Friday, February 4, 2011

:senarai kesyukuran Anis Zainudin:


ini seadanya saya. TERIMA KASIH ALLAH.


1. saya bersyukur kerana masih mempunyai oksigen utama saya `mak abah' saya.

2. saya bersyukur kerana mempunyai Adik-adik yang sangat COOL.

3. saya bersyukur kerana dapat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah

4. saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yg kuat layan saya

5. saya bersyukur kerana semua orang senang bergaul dengan saya

6. saya bersyukur kerana mempunyai suara yang sedap. haha

7. saya bersyukur kerana saya bukan ANTI-sosial

8. saya bersyukur kerana saya ada cerita yang tidak ada pada mereka

9. saya bersyukur kerana saya kuat makan

10. saya bersyukur kerana sangat penyayang

11. saya bersyukur kerana saya manja!

12. saya bersyukur kerana mempunyai cerite cinta drastik

13. saya bersyukur kerana saya ada wireless. kat umah pun. haha o9 free :P

14. saya bersyukur kerana saya pandai bahasa

15. saya bersyukur sebab saya ramai kawan

16. saya bersyukur kerana pernah sekolah kat smtERT setapak

17. saya bersyukur kerana dapat belaja kat UMS!

18. saya bersyukur kerana saya sangatlah SWEET!

19. saya bersyukur kerana dapat jadi wirawati PLKN yaw!

20. saya bersyukur kerana hidup kat malaysia yang aman makmur

21. saya bersyukur sebab beriburiban kali saya dapat naik tangga kapal terebang ulangalik kl-kinabalu

22. saya sangat bersyukur kerana saya perempuan dan MASIH DARA

23. saya bersyukur kerana saya bakal menjangkau umur 22!

24. saya bersyukur kerana keluarga saya sangat memahami

25. saya bersyukur kerana saya bukan seorang pendendam

26. saya bersyukur kerana hidup saya happy

27. saya bersyukur kerana mereka selesa dengan saya

28. saya bersyukur kerana saya dilahirkan sempurna dari segi mental dan fizikal.

29. saya bersyukur kerana saya tidak mempunyai penyakit kronik

30. saya bersyukur kerana mempunyai mulut yang banyak cakap

31. saya bersyukur kerana dok kat malaysia, sebab makanan semua sedap! haha

32. saya bersyukur kerana mempunyai badan yang comel. well~

33. saya bersyukur kerana saya suka membaca

34. saya bersyukur kerana saya mempunyai pilihan yang sangat unik (aksesori)

35. saya bersyukur kerana mempunyai kesukaan warna yang pastel

36. saya bersyukur kerana saya tidak suka melawan

37. saya sangat bersyukur kerana pikiran saya sangat rasional

38. saya bersyukur kerana saya pandai membuat kek.. etc~

39. saya bersyukur kerana saya still dapat tengok pokok-pokok yang hijau

40. saya bersyukur kerana masih ada rasa ingin bercinta walaupun ..... *sigh*

41. saya bersyukur kerana saya mempunyai keinginan untuk sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

42. saya bersyukur kerana ums dekat dengan 1borneo

43. saya bersyukur kerana mempunyai 2 handfone. walaupun salah satu tak berfungsi.

44. saya bersyukur saya peminat baju-bajuan seluar-seluaran BUNDLE!

45. saya bersyukur kerana saya tidak terlalu cerewet.

46. saya bersyukur kerana saya sensititf.

47. saya bersyukur kerana saya seorang yang sangat kreatif

48. saya bersyukur kerana saya sangat pandai main kaler
.
49. saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sekepala.

50. saya bersyukur kerana mata saya boleh terima contact lens.

51. saya bersyukur kerana saya mendapat kepercayaan mak abah saya untuk berada sejauh ini

52. saya bersyukur kerana mempunyai niat untuk menjadi seorang tenaga pengajar

53. saya bersyukur kerana mempunyai laptop compaq510

54. saya bersyukur kerana saya ada kamu

55. saya bersyukur saya mempunyai otak yang gila-gila

56. saya bersyukur kerana mudah rasa simpati dan sangat mementingkan kawan-kawan saya

57. saya bersyukur kerana mempunyai daya firasat yang sangat kuat

58. saya bersyukur kerana saya romantik

59. saya bersyukur kerana saya mempunyai tangan, kaki, dan jari yang cukup.
60. saya bersyukur kerana saya percaya pada PEMBALASAN

61. SAYA AMAT BERSYUKUR KERANA ALLAH MASIH MEMBERI PELUANG SAYA BERNAFAS! amin !


semua benda yang terjadi pada kita..sangat wajar kita syukuri.. semoga kita menjadi inspirasi hati kepada setiap mereka yang ada disekeliling kita.. syukur lah dengan segala nikmat.
*sygs* I am thankful for my pickup

: jodoh itu ada 3 : sekian~

Tertarik untuk meneruskan coretan berkaitan dengan Jodoh Pertemuan kerana di dalam kehidupan ini, pastilah Jodoh Pertemuan itu amat-amat bermakna.

Hidup kita akan berubah bila mana bertemu jodoh. Dan pastilah pengiktirafan terhadap diri juga akan berubah. Perubahan pada semua perkara…

Tetapi, kali ini saya lebih suka berkongsi dengan Anda mengenai tiga jenis Jodoh Pertemuan yang saya perolehi semalam, selepas menonton di panggung wayang.

Istilah mengenai Jodoh ini saya perolehi selepas menonton filem Syurga Cinta, hasil arahan Ahmad Idham. Heheheeee…

Sebenarnya, semalam saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta. Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan ceritanya. Heheheeeee..

Ermm… pada awal cerita, beberapa babak memaparkan beberapa kelucuan dan di pertengahan pula, sarat dengan kata-kata nasihat. Itu yang dapat saya katakan. Pengkisahannya terlalu banyak berbual dan watak heroin pula agak kurang menyerlah… Sori, Cikgu Syuhadah. Next time bolehlah ditingkatkan lagi lakonan itu… Semoga berjaya.

Seperti biasa, saya amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan Jodoh Pertemuan.

Nasihat Atuk Cikgu Syuhadah kepada Irham berbunyi;

“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula Atuk Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"

Thursday, February 3, 2011

oksigen aku !

budak ini selalu buat saya sesak nafas ! yeah. arghh baby!
budak nie bau soya basi... my fav extract perfume!
budak nie punyer suara.. my fav sound !